Salam ceria buat semua pembaca ! Alhamdulilah,segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat buat kita semua. Kekurangan manusia itu apabila terlalu melihat yang tidak sempurna berbanding nikmat yang ada di depan mata. Mari fokuskan tenaga dengan mengucap syukur atas pelbagai nikmat seperti makan dan minum, mempunyai anggota tubuh yang sempurna dan mempunyai pakaian pula untuk melindungi tubuh tersebut. Kita juga masih boleh bersujud kepada Allah, sementara ramai manusia lain tidak mampu lagi bersujud lantaran masalah kesihatan misalnya.Percayalah,orang yang bersyukur akan ditambahkan nikmat sebagaimana yang terangkum dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkar (nikmat-Ku),sesungguhnya arab-Ku sangat pedih".(Surah Ibrahim 14:7) Ucapkan terima kasih Allah dalam hati,kemudian dibawa ke bibir dengan menzahirkan syukur itu dengan ungkapan alhamdulilah. InsyaAllah, Allah akan akan menambah nikmat kita. Panjatkan syukur dan reda walaupun ketika dilanda musibah kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada himahnya. Katakan kepada diri: "Pasti aku akan bangkit kembali leih dekat dengan-Mu" ataupun "Aku akan lebih kuat lagi selepas ini."
Harini the main point-nya Anis nak story pasal 'Pendengki' yang terlebih dahulunya Puan Wardina yang menceritakannya. So di sini Anis just 'cerita balik' je. Harap para pembaca dapat menambah sedikit sebanyak ilmu dengan membaca teks teks ini. Jom kita mulakan!
Ciri-ciri Pendengki :3
Sejarah pendengki bermula ketika arahan bersujud kepada ciptaan Allah; Nabi Adam a.s. kepada iblis. Tidak ada alasan lain yang menyebabkan iblis tidak menurut perintah Allah melainkan sikap sombong dan iri hati. Iblis cemburu kerana Allah s.w.t. memilih Nabi Adam a.s. sebagai khalifahnya, sedangkan iblis itu merasakan dirinya lebih mulia. Pernahkah terlintas dalam diri kita yang merasakan diri lebih baik,mulia dan hebat daripada orang lain? Jika pernah, berhati-hatilah adik-adik, kakak kakak sekalian kerana itu sifat iblis laknatullah. Iblis langsung tidak mahu bertaubat dan memohon maaf atas kebiadaban dan ketelanjuran kepada Allah. Antara sikap mereka yang dengki dan iri hati ini ialah merasakan diri sendiri sentiasa betul. Al Quran menyuruh kita supaya berlindung dengan Allah daripada sifat hasad dengki ini . Allah merakamkan menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengki."(Surah al-Falaq113:5) Kita biasanya cemburu dengan mereka yang mempunyai nikmat yang lebih daripada kita. Semua daripada kita tidak terkecuali pada satu2 ketika mengalami perasaan ini. Cuma perlu diingat,walaupun kita merasakan bahawa mereka yang sering menjadi mangsa cemburu ini berada dalam keadaan bahaya. Mengapa? Kerana sifat dengki itu akhirnya akan memakan diri mereka sendiri. Pernah atau tidak kita melihat seorang yang berjaya, kemudian kita berbisik dalam hati:"Kalaulah dia gagal kali ini kan bagus.". Maka berhati hatilah itu tandanya sudah muncul titik hitam penyakit hati dengki ini.
Jari jari Anis pun dah sakit ni so sampai di sahaja, terima kasih kepada semua pembaca blog Anis :) Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



done read all :D
ReplyDeletehttp://waheedaonair.blogspot.com/2012/07/giveaway-3-lens-lomo-style-film-camera.html